Bismillah. Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke 8 Misi Korban Duit yang kita sudah laksanakan bermula hari raya Korban tahun 2013 yang lalu.
Misi Korban Duit itu tercetus idea oleh Shamsuddin Kadir sendiri, yang kini Pengurusi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Rakyat Malaysia, bermula pada tahun 2013, apabila berhadapan dengan orang yang dilanda masalah ketiadaan duit yang teruk.
Ada orang nak beli beras dan minyak pun tiada duit. Ada orang rumah yang hendak kena lelong, mereka hendak duduk di mana?, Ada orang Tong gas dah kosong, tiada duit nak refil balik. Ada orang duit tiada mahu bayar ansuran kereta. Ada orang nak bayar yuran sekolah dan beli baju, kasut sekolah pun tiada duit. Ada orang baru diberhentikan gara-gara bisnes majikan mengecil / tutup.
Tahun ini Insyaa Allah Shamsuddin Kadir akan berangkat ke Bumi Sabah untuk melihat secara dekat dan mengagihkan bantuan dalam bentuk duit dan keperluan hidup yang benar-benar diperlukan.
Kenapa Shamsuddin Kadir memilih mengadakan Korban Duit setiap kali kedatangan Hari Raya Korban ? Aidiladha.
1. Shamsuddin Kadir nampak keperluan duit itu lebih terdesak berbanding keperluan untuk daging korban ketika ini di tempat tertentu di Malaysia
2. Banyak lagi rakyat yang belum dapat melepasi tahap sara hidup yang asas.
3. Mental rakyat akibat dari kemiskinan ataupun kehilangan punca pendapatan, sangat membimbangkan.
Kenapa RM 70 Sebahagian ?
Shamsuddin Kadir mengambil angka 7 itu sempena 7 bahagian dari seekor lembu.
Adakah Shamsuddin Kadir mahu mengantikan Misi Korban Lembu itu dengan Misi Korban Duit?
TIDAK, Korban haiwan tetap diteruskan, Korban Duit (sejak dijayakan sejak tahun 2013) untuk memberi ruang kepada orang yang tidak mampu berkorban haiwan, untuk tidak melepaskan melakukan kebajikan pada hari raya Aidiladha dan 3 hari Tasyrik.
Misi Korban duit Tahun, ini, kami perlukan lebih banyak bantuan, kerana, lebih banyak pekerja sudah kehilangan gaji bermula dari MCO 18 Mac 2020 yang lalu.
Boleh juga share bukti korban duit ke 0105001500 iaitu nombor peribadi Shamsuddin Kadir yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Rakyat Malaysia
Pernah apabila ditanya peserta (Muslim) yang menerima bantuan korban duit secara tunai, yang manakan yang mereka lebih perlukan, daging korban ataupun duit? Mereka kata duit, kerana mereka tidak ada duit untuk beli beras, minyak dan keperluan asas yang lain.