Akaun insaniahrakyat.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MISI INFAQ REZEKI OKU +VE COVID-19 2021

MISI INFAQ REZEKI OKU +VE COVID-19 2021

MISI INFAQ REZEKI OKU POSITIF COVID-19 2021

Bismillah. Nabi Muhammad SAW.

Misi Infaq Rezeki OKU POSITIF COVID-19 oleh Shamsuddin Kadir (Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Rakyat Malaysia), insyaaAllah adalah satu inisiatif untuk kita sama-sama memberi bantuan kepada insan kelainan upaya dikala pandemik COVID-19 ini.


Misi ini bertujuan memberikan bantuan dari segi kewangan kepada golongan kelainan upaya di bawah Insaniah Rakyat. Insan OKU ini adalah mereka yang terdiri daripada OKU Mata B1 (tidak dapat melihat 100%); beliau merupakan seorang tukang urut di Kuala Lumpur yang kini dijangkiti wabak COVID-19, mempunyai seorang isteri. Setelah pandemik melanda dan PKP berlanjutan, beliau kehilangan sumber pendapatan.

Manakala seorang lagi OKU lagi yang berstatus OKU Mata B3 (tidak dapat melihat 70%, memerlukan tongkat untuk berjalan), sebelum ini berniaga namun telah kehilangan suami beliau 2-3 bulan yang lepas, menyebabkan beliau terjejas dari segi sumber pendapatan lantas tidak dapat berniaga.

Keadaan mereka kini amatlah kritikal kerana terpaksa dimasukkan ke wad di hospital dan juga kuarantin di rumah. Sehubungan itu, pihak Insaniah Rakyat membuka tabung Infaq Rezeki untuk meringankan beban insan istimewa ini dalam melangsungkan hidup harian mereka termasuklah; memberikan duit kepada waris mereka untuk membantu mereka; membeli makanan dan minuman iaitu keperluan asas untuk hidup; juga membayar sewa rumah dan bil-bil utiliti mereka, insyaa Allah.

Pihak Insaniah Rakyat juga amat mengalukan sumbangan secara bulanan melalui Direct Debit.

Bagi yang ingin menyumbang secara bulanan, boleh KLIK LINK INI UNTUK DIRECT DEBIT INSANIAH RAKYAT <

Sumbangan bulanan boleh dibuat, insyaAllah bermula RM 10 sebulan. Setelah tuan dan cikpuan mendaftar di link di atas, wang sumbangan akan ditolak dari akaun antara 1 - 7hb pada setiap bulan InsyaAllah. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp di talian 010 8080 474


kami suka dan amat menghargai sumbangan dari pihak tuan dan cikpuan. Kami mendoakan sebanyak mana sumbangan ikhlas (termasuk doa) yang diberikan ini, iaitu termasuk bagi melancarkan pengurusan sukarelawan dan juga sebahagian besarnya bagi sumbangan membantu individu yang memerlukan, menjadi sebagai salah satu amal yang dinilai Allah antara timbangan yang paling berat di akhirat kelak. Aamiin YRA.

KAMI SUKA!