Akaun insaniahrakyat.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Misi Kelas Iqra' & Al-Quran Pelajar OKU

MISI SUMBANGAN KELAS MENGAJI IQRA' & AL-QURAN 2023 | 1445H


“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.

(Riwayat Muslim)

Bismillah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW hingga hari kesudahan.

Hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa mengutamakan kepentingan orang yang dalam keadaan yang terdesak lebih diutamakan daripada mengutamakan kepentingan peribadi yang mungkin boleh ditunda. Membantu sesama insan adalah cerminan seorang muslim, apatah lagi membantu pelajar-pelajar yang kurang kelainan upaya (OKU) dalam mengenal Allah, mengenal rasul dan kitabnya, insyaa Allah ada kemuliaan di sisi-Nya.


MISI SUMBANGAN KELAS MENGAJI IQRA' & AL-QURAN 2023 ialah misi kami Insaniah Rakyat yang dikemudi oleh Tuan Shamsuddin Kadir untuk memberi sumbangan berupa dana bulanan kepada pihak sekolah pendidikan khas yang khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kurang upaya penglihatan.

Seramai 87 murid daripada 112 murid mbpk di sekolah ini memerlukan pengisian kerohanian di asrama yang berupa kelas mengaji Iqra' dan kelas Al-Quran. Kita memuliakan pelajar-pelajar ini yang ingin belajar Iqra, mengenal Al-Quran dengan memberi sumbangan dana untuk kemudahan mereka. Target kita adalah sebanyak RM5,280 untuk setiap bulan. Insyaa Allah dengan usaha yang sedikit ini, dapat mengembirakan pelajar-pelajar OKU ini.





"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah al-Baqarah: 274)

Kebaikan yang kita inginkan selama ini akan dimakbulkan oleh Allah melalui kebaikan yang telah kita lakukan, insyaa Allah.

Pihak Insaniah Rakyat juga amat mengalukan sumbangan secara bulanan melalui Direct Debit.

Bagi yang ingin menyumbang secara bulanan, boleh KLIK LINK INI UNTUK DIRECT DEBIT INSANIAH RAKYAT <

Sumbangan bulanan boleh dibuat, insyaAllah bermula RM 10 sebulan. Setelah tuan dan cikpuan mendaftar di link di atas, wang sumbangan akan ditolak dari akaun antara 1 - 7hb pada setiap bulan InsyaAllah. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp di talian 010 8080 474


kami suka dan amat menghargai sumbangan dari pihak tuan dan cikpuan. Kami mendoakan sebanyak mana sumbangan ikhlas (termasuk doa) yang diberikan ini, iaitu termasuk bagi melancarkan pengurusan sukarelawan dan juga sebahagian besarnya bagi sumbangan membantu individu yang memerlukan, menjadi sebagai salah satu amal yang dinilai Allah antara timbangan yang paling berat di akhirat kelak. Aamiin YRA.

KAMI SUKA!