TEMPAHAN BATU NISAN
Bismillah. Nabi Muhammad SAW. Bagi Tuan dan Cikpuan Terbaca Entri Fb Shamsuddin Kadir berkenaan Batu Nesan beliau yang sudah sampai di rumahnya pada 4 Oktober 2020.
Bismillah. Alhamdulillah. Pagi tadi sudah sampai batu nesan dari Tuan Abba Ghauz. Tinggal yang ayah saya yang belum.
Mudah-mudahan ianya menginsafkan saya dan manusia lain yang melalui tepi kubur saya nanti Insyaa Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita tempah ini untuk Batu Nesan yang akan diletakkan di bahagian kepala kubur kita nanti. Yang bahagian kaki, nanti, Insyaa Allah ditempah oleh waris kita yang mungkin meletakkan tarikh kita mati di situ.
Kelebihan kita tempah awal, supaya kita boleh letakkan di dalam ataupun dipagar rumah, supaya setiap hari kita dapat memandangkannya. Insyaa Allah mudah-mudahan ianya mendatangkan keinsafan kepada kita. Dan juga mendatangkan keinsafan kepada orang lain yang memandangkannya.
Pertubuhan Kebajikan Insaniah Rakyat Malaysia, bekerjasama dengan Tuan Abba Ghauz untuk membantu tuan dan cikpuan membuat tempahan dengan sistematik dan juga mudah untuk membuat pembayarannya.
PENGHANTARAN BATU NISAN
Tempahan boleh dibuat di mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia, tetapi penghantaran hanya dilokasi lembah klang sahaja. Walaupun bagaimanapun tuan dan cikpuan boleh mewakilkan kepada ahli keluarga yang tinggal di lembah Klang untuk mengambilkan sendiri di Selayang Baru.
BENTUK BATU NISAN
Batu nisan adalah dari jenis Batu sungai, oleh kerana ianya batu asli (bukan dicetak) size dan bentuk Batu Sungai ini adalah berbeza-beza. Bergantung juga kepada stok yang diterima dari pembekal.
contoh beberapa bentuk batu :
